TOP BIG BANG

TOP BIG BANG

Saturday, April 7, 2012

KISAH PEREMPUAN ITU....

kisah seorang perempuan...

kisah ni mengisahkan tentang seorang perempuan yg mungkin tak sedar tentang kewujudan SAYANG di hatinya.....

di suatu tempat yg asing, perempuan cube mencari dirinya..tatkala sedang mencari, perempuan telah bertembung dgn seorang lelaki... perempuan ini tidak mungkin berkasih kerana hatinya masih terluka. namun begitu, kehadiran lelaki menceriakan kehidupan perempuan.
perempuan mula memerhati lelaki. lelaki pula mula menunjukkan perasaan mengambil berat.
tp....cerita perempuan tak seindah yg difikirkan..di pertengahan perhubungan, lelaki mula berubah. menjadi dingin.. perempuan sudah mula takut..mmg mereka tak pernah mengungkap sebarang perikatan..perempuan mula memendam...lalu....perempuan dapat tahu lelaki sudah ada hubungan dgn perempuan lain.......dgn hati yg parah...perempuan mengundur diri...tidak mahu bertanya, tak mahu menyiasat..perasaan itu mati....perempuan cuba melupakan lelaki, bekerja mcm org gila..sampai jatuh sakit namun perempuan masih memaksa diri bekerja....
perempuan mula membenci lelaki itu...perempuan sudah menutup pintu hatinya kembali...
biarpun benci...perempuan masih mendoakan kebahagiaan lelaki..perempuan sudah berpuas hati dgn melihat senyuman lelaki, walaupun bila melihat, perempuan menangis...
tak pernah perempuan meluahkan kpd sesiapa, walaupun kawan baik sendiri...perempuan cuma tersenyum, dan berlagak seperti biasa...sedikit tangisan tak pernah ditunjukkan..
berat dugaan perempuan, bila kekasih lelaki itu mula tidak menyukai kehadiran perempuan yg penah muncul dlm hidup lelaki. pelbagai tohmahan diterima. tp perempuan ini terima, lelaki langsung tak peduli perasaan perempuan, lelaki hnya mengikut perintah kekasihnya...
perempuan tidak memintak sebarang back up, apatah lagi mengadu.... perempuan cuma biarkan...

setelah sekian lama...perempuan mula menyedari sesuatu....muka lelaki kdg2 bersedih...tp perempuan tak berani bertanya.....perempuan mula memerhati...lelaki sudah mula kurus..
janji yg perempuan buat terhadap diri sendiri yg perempuan tanak ambil tahu kisah lelaki mula terlerai, tidak diikuti..
sikap ingin tahu kadang2 membunuh...mmg lelaki kdg2 bersedih, tp lelaki masih dgn kekasihnya..niat perempuan cume nk lihat lelaki gembira..jd perempuan terus memerhati...
lelaki ni, seperti takde perasaan..bila lelaki bergaduh dgn kekasihnya, lelaki akan mencari perempuan...yg perempuan terima aje, niat cuma tanak lelaki bersedih..
perempuan memberi kata semangat..cuba baiki hubungan lelaki dan kekasihnya..walaupu hatinya menjerit 'bodohnye kau ni perempuan'...tp..perempuan ini biarkan aje..perempuan masih teruskan hidupnye...

namun, pd suatu hari, lelaki memberitahu perempuan..yg lelaki sudah putus dgn kekasihnya...
hati perempuan sepatutnya gembira...tp perempuan ini tetap sedih..sebab dia tahu lelaki masih lagi menyayangi dan merindui kekasihnya..walaupun lelaki ini mengatakan die tidak bahagia sbb selalu bergaduh, lelaki ini ssh hati sampai kesihatan terganggu..perempuan sgt kasihan dgn lelaki..dan mengambil keputusan utk menemani lelaki sehingga hati lelaki sembuh..perempuan tak minta disayangi..walau apa keputusan lelaki ini, perempuan redha...tp hati perempuan sgt pedih, sgt sakit...perempuan tidak mempercayai lelaki walaupun lelaki cuba berbaik dgn perempuan..tp perempuan tidak mengatakan ketidakpercayaannya..perempuan cuma akan pastikan dirinya sentiasa tersenyum dan gembira supaya lelaki turut gembira dan tidak ssh hati.....

tetapi...hati lelaki mula gundah kembali, bila bekas kekasihnya mula mendekati semula... sekali lagi lelaki padamkan kewujudan perempuan...lelaki masih lagi menjaga hati bekas kekasih...hati perempuan pedih..sgt pedih...sekali lagi perempuan menangis keseorangan....
perempuan boleh menghalang lelaki dr pergi...tp perempuan tanak hubungan berdasarkan belas kasihan..perempuan sedar siapa dirinya..perempuan tidak berkeyakinan menahan lelaki...
perempuan cuma mahu lelaki gembira dan bahagia dalam hidupnya.....kl itu bukan jodoh..tak perlu dipaksa...

hubungan yg singkat ini perempuan akan terus simpan dalam hati..dirahsiakan..dijadikan pengalaman..biar pun sedih...perempuan masih teruskan hidup...

##life is drama..jika sayang..luahkan..jika dibiarkan, anda lah pengecut, andalah rugi..
tp tak salah juga tgk org lain bahagia..walau ape pon.. lelaki bukan seorang dlm dunia ni.. =)












1 comment:

  1. hati perempuan x kan sape thu kalau kita x meluahkan...

    ReplyDelete